top of page

 TENTANG.......

SRU

Rahsia.Resepi.Bonda

Inspirasi dari resepi Bonda, diabadikan di dalam sebuah restoran yang bercirikan citarasa Melayu utara. Air tangan bonda diilhamkan dan beri sentuhan peribadi oleh pemilik SRU, disajikan dengan penuh "kasih sayang" buat pelanggan tersayang. 
banner.jpg
NPC.jpg
sru BEHRANG.jpg

Bermula 2010, SRU memulakan langkah pertamanya dengan menjalankan perniagaan di sebuah Universiti Awam di daerah Tanjung Malim. Mengambil nama "Noodle Point Cafe (NPC)" sebagai permulaan, hanya memfokuskan kepada penyediaan makananan berasaskan "noodle" dengan menyajikan bihun sup utara dan mee kuah. Nasi daging dan nasi rempah yang menjadi "signature" NPC menjadi pilihan pelajar dan staf. Alhamdulillah.

      

         Sebagai usaha dalam mengembangkan empayar NPC, penghijrahan bermula. NPC mengorak langkah baharu, dengan membina sebuah restoran di daerah Behrang yang juga berlokasikan Tanjung Malim.  Saji Rasa Utara (SRU), ilham dari gabungan idea pemilik bagi merealisasikan hidangan bercitarasa utara kepada penduduk setempat. Alhamdulillah.

          Berkat doa dan impian, kini SRU berhijrah ke lokasi yang lebih sempurna di daerah Proton City Tanjung Malim. "Kesempurnaan, Minat dan Kesungguhan" kini menjadi inspirasi pemilik demi merealisasikan IMPIAN DAN HARAPAN demi kelangsungan SRU. SEMOGA SRU TERUS MELEKAT DIHATI PELANGGAN TERSAYANG. 

telefon: Awie 013-4702076 Ayu 013-4496566

alamat: A-1-1 Parcel 3 Gemilang Aveneu Jalan Pulai 1

35900 Proton City Tanjung Malim Perak

email: sajirasautara@gmail.com

SajiRasaUtara Proudly created with Wix.com

bottom of page